Tahniah Team Olahraga Dan Balapan SMKSM!!

Tahniah Team Balapan SMKSM kerana telah memenangi Pertandingan Olahraga Dan Balapan Daerah Merlimau 2012 .

Bilik Bimbingan Dan Kaunseling

Selamat datang ke bilik bimbingan dan kaunseling. kami sedia membantu para pelajar dengan menawarkan perkhidmatan terbaik.

Lukisan Pelajar

Lukisan pelajar semasa kelas pendidikan seni

Sekolah Kita Menang!!!

Pasukan kadet Bomba SMKSM telah emmenangi pasukan kadet bomba terbaik seluruh negeri melaka dengan mengalahkan 34 pasukan kadet bomba dari seluruh negeri melaka. Syabas SMKSM!!

Larian Baton SUKMA

Sempena Sukan Malaysia di Melaka, seramai 120 orang pelajar Tkn 1 dan 2 dari Kg Pulai, Serkam dan Umbai di pilih untuk menyertai program tersebut dengan majoriti pelajar dari SMKSM.

Sunday 10 June 2012

Kisah Motivasi

KISAH MOTIVASI Penyejuk Minda Meningkatkan Semangat Diri

 


KISAH BERANI GAGAL PARA TOKOH DUNIA

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandunsan idea.

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”

INGAT! Katakan pada diri saudara,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’

Ingin saya kongsikan anda sebuah video dari YouTube. Seorang lelaki bernama bagaimana Nick Vujicic yang tidak memiliki tangan dan kaki menunjukkan kepada kita, bahawa ketiadaan dua anggota tersebut tidak sesekali pun akan menghalang dia untuk terus bangun dan berdiri.Malah beliau terus berbahagia malah boleh mengelilingi dunia!



 Daily affirmation x kurang pentingnya sebagai salah satu pendorong semangat. Jadi marilah sahabat,tonton video ini dan naikkan semangat diri.

 
 Post by AuraNurShifa on Wed Jan 13, 2010 8:05 pm

Akhlak Remaja Masa Kini

 

 

Pengenalan

SHARIFAH BINTI SHUKRI (204291)

Fenomena dalam kehidupan hari ini tdak lekang daripada menceritakan tentang isu remaja yang bersikap sangat liar. Remaja kini dihimpit dengan pelbagai gejala negatif. Gejala negatif yang wujud dalam diri para remaja semakin hari semakin liar bagaikan ketiadaan ketamadunan dalam diri. Namun dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Masih ada remaja positif dengan sifat-sifat tertentu. Mari kita kaji perbezaan remaja negatif dan remaja positif ini.


Remaja Negatif
R= Relaks
E= Ego
M= Main-main
A= Angan-angan
J= Juara
A= Angau

Remaja Positif
R= Rajin
E= Elok peribadi
M= Motivasi
A= Agama
J= Jujur
A= Aktif


R E M A J A P O S I T I F
• Personaliti yang seimbang dan harmoni
• Tenang dan bersedia menghadapi cabaran
• Pengalaman kejayaan lebih banyak daripada kegagalan
• Bertimbang rasa dan berfikiran terbuka
• Bertanggapan positif pada diri sendiri
• Bangga diri dan berani mencuba
• Mudah bergaul dengan orang lain
• Mudah diteirma oleh orang lain
• Bersedia menerima nasihat, kritikan dan pandangan
• Mempunyai keyakinan diri yang penuh

R E M A J A N E G A T I F
• Personaliti yang tidak seimbang
• Pasif dan tidak bergaul serta bekerjasama dengan orang lain
• Banyak pengalaman kegagalan
• Bertanggapan buruk dan berfikiran terganggu
• Sentiasa menunjukkan muka masam dan muram
• Takut malu dan tidak mahu memikul tanggungjawab
• Sensitif pada nasihat dan kritikan
• Tidak suka bergaul dan tidak diterima rakan sebaya
• Tidak mahu mendengar ataupun menerima pandangan orang lain
• Tidak yakin dan tidak berani mencuba

Punca-punca Keruntuhan Akhlak Remaja

LIM NGEE HSING (204163)

Faktor remaja itu sendiri


Tekanan dalam pelajaran
o Secara purata, setiap pelajar mempunyai 8 hingga 10 subjek untuk belajar bagi peperiksaan, mahupun peperiksaan di sekolah, UPSR, PMR, SPM ataupun STPM.
o Selain itu, sesetengah pelajar menghadiri kelas tambahan dan kelas tuisyen dan mempunyai kerja yang diperuntukkan oleh guru tuisyen.

Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong
o Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti seharian anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan berasa kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang diminati.
o Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka dan berfikir untuk melarikan diri dari rumah.

Sikap ingin mencuba
o Contohnya, sekiranya remaja itu mula merokok, lama-kelamaan dia akan mula mencuba dadah dan akan menjadi seorang penagih dadah
o Kalau perkara tersebut menjadi serius, remaja itu akan mencederakan keluarganya, orang lain serta mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah.

Media massa
o Pada zaman perkembangan ICT yang luas ini, ICT tersebut memainkan peranan yang penting kerana ia bersifat secara globalisasi.
o Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan antara negara-negara, secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar negara atau negara asing.
o Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di negara kita. 

Punca-punca Keruntuhan Akhlak Remaja

TAN EE LEEN (204096)

Faktor Ibu Bapa
  • Ibu bapa yang bersifat materialistik sibuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya akan melakukan perkara maksiat kerana mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh ibu bapanya dan dapat melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.

Faktor Latar Belakang
  •  Kebanyakan remaja yang berasal dari keluarga berada selalunya membazirkan masa dan wang ibu bapanya dalam perkara yang sia-sia. 
  • Contohnya, melayari internet di siber kafe, melepak di pusat hiburan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai wang saku yang berlebihan.
  • Sebaliknya, golongan miskin akan memikirkan cara perbelanjaan dan mereka akan menggunakan wang tersebut dengan bermanfaat. Tuntasnya, latar belakang yang berbeza yang dapat menentukan ahklak seseorang.

Keadaan Keluarga Yang Tidak Harmoni
  • Ibu bapa yang selalu bergaduh akan menyebabkan pertumbuhan mental anak mereka menjadi tidak seimbang.
  • Sebagai akibatnya, berlakunya kes-kes gangsterlisme, vandalisme, kes penderaan dan sebagainya.
  • Masalah penceraian ibu bapa juga faktor yang menjadikan seseorang remaja silap menjejaki kaki dalam perbuatan negatif.

Punca-punca Keruntuhan Akhlak Remaja

HOE MEI QUIN (204025)

Kekurangan Ajaran Agama
  •   Agama merupakan ajaran bagi seseorang insan untuk berlakuan baik.
  •   Namun, keluarga pada zaman kini kurang mementingkan ajaran agama.
  •   Sebagai kesannya, remaja tidak mempunyai jati diri dan kurang berhemah tinggi kerana   mereka tidak mengamalkan pengajaran agama.
  • Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati orang tua dan selalunya melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan.

Pengaruh Rakan Sebaya
  •  Hal ini adalah kebenaran kerana rakan sebaya merupakan golongan umur yang paling dekat.
  •  Jadi kebanyakan mereka mempunyai ideologi yang sama dan ‘sense of belonging’ yang kuat dalam kalangan mereka.
  • Sebagai contoh, jika seseorang yang berkawan dengan rakan negatif yang memujuk untuk menyertai kegiatan haram seperti menagih dadah dan perlumbaan haram, jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat, maka dia akan mudah terpengaruh oleh rakan negatif.

 Faktor pihak sekolah yang kurang memberi perhatian kepada pelajar.

  • Sesetengah guru yang cuma memberi perhatian kepada pelajar cemerlang dan tidak mempedulikan pelajar yang lemah dalam pelajaran.
  •  Guru menganggap bahawa pelajar yang lemah, tidak akan maju dalam pelajaran dan cuma akan membuang masa mengajar pelajar sebegini.
  •  Guru kaunseling tidak memberi bantuan kaunseling yang patut diberikan pada pelajar bermasalah disiplin.

Contoh Kesan-kesan Keruntuhan Remaja

NURUL ANEESA BINTI MUSTAFFA (204414)


ISU-ISU SEMASA (DIPETIK DARI KERATAN AKHBAR).


KES 1: 21 PELAJAR HAMIL LUAR NIKAH
(FAKTA: 20 KES SUKA SAMA SUKA,1 KES ROGOL)

     KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia. Timbalan Menteri Pelajaran,Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan 9 di kawasan bandar. “Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes bedasarkan suka sama suka antara pasangan manakala 1 kes membabitkan kes rogol,” katanya. Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing. Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. “Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.
     Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga. “Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,”katanya.

(Harian Metro,Khamis,29 Julai 2010,muka surat 42).


KES 2: KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA MENYUMBANG KEPADA LAMBAKAN KES

     KULIM: Kegoyahan institusi rumah tangga antara faktor penyebab lambakan kes maksiat seperti khalwat dan sumbang mahram berikutan kurangnya kawalan ahli keluarga. Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Kulim, Abdul Halim Yusuf, berkata, kebanyakan yang terbabit dalam kes khalwat adalah mereka yang memiliki keluarga berpecah-belah terutamanya keluarga yang bercerai. “Anak-anak yang datang dari keluarga yang mana ibu bapanya bercerai biasanya mempunyai masalah kerana mereka kurang perhatian daripada keluarga dan sewenang-sewenangnya melakukan apa sahaja,” katanya. Selain itu, berdasarkan kes yang dikendalikan mahkamah turut mendapati golongan remaja berusia 16 hingga 18 tahun adalah golongan yang paling ramai terbabit dengan kes maksiat selain pelajar institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta dan pelajar sekolah. Beliau berkata, tidak ketinggalan, golongan ibu tunggal yang dicerai atau ditinggal suami dan digantung tidak bertali turut terbabit dalam kes khalwat.
     Abdul Halim berkata, semua kes khalwat yang ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah(PADK) akan disiasat dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kulim. “Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah walaupun dia seorang pelajar, penjawat awam atau sesiapa saja. “Orang ramai jangan memperlekeh undang-undang Islam di Malaysia kerana Mahkamah Syariah tidak akan melepaskan pesalah serta memandang serius kes berkaitan agama Islam,” katanya yang ditemui ketika memusnahkan fail kes Mahkamah Syariah, semalam. Mahkamah Rendah Syariah Kulim kelmarin melupuskan 4,912 fail kes yang sudah diselesaikan di tapak pelupusan sampah Sungai Kob, Kulim. Abdul Halim berkata, fail kes yang dimusnahkan adalah kes syariah yang dibicarakan bermula dari 1968 hingga 1999 dan kes jenayah bermula 1977 hingga 2006.

(Harian Metro,Sabtu,31 Julai 2010,m/s 38)

15 Tips Pengurusan Stress









Berikut merupakan tips-tips yang boleh digunakan untuk menangani stress.


SOKONGAN
Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.


SOLAT
Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.


DOA
Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.


MENTAL EXERCISE
Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.



UBAH SUSUN ATUR RUMAH
Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.


PENGURUSAN MASA
§ Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.


PANDANGAN TERHADAP STRESS
Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.


TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.


BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.


KRITIKAN NEGATIF
Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat. 


LAKUKAN PERUBAHAN
Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.


JAGA HUBUNGAN BAIK
Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.



KETAWA
Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.



BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.



MENYEMAI SIFAT EHSAN
Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

Tips Motivasi Diri

Tips Motivasi Diri



Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.

Artikel Motivasi

Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.

Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
Tips Motivasi Diri

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.
Artikel Motivasi Diri

Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

Saturday 9 June 2012

Personaliti Mengikut Warna



personaliti mengikut warna


Ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui bahawa melalui warna yang digemari juga sikap seseorang itu dapat diterjemahkan(hanya untuk perempuan sahaja). dan anda boleh cuba sendiri....!

BIRU MUDA




- suka merendah diri.
-suka mengalah dan tidak sanggup menghadapi cabaran.
-sanggup berkorban demi kepentingan orang lain.
-cerdas dan bijak.
-sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tidak menonjol.
-agak pendian tetapi seorang pendengar yang baik.


BIRU
- setia pada pasangan.
-senang untuk pegang wang (telaga duit jugak lah nie...! huhuhu)
- mahu kemahuannya dituruti.
- berterus terang dan jujur.
- cepat beri kemaafan tetapi tegas.
- tidak mahu mengalah dan senang meletakkan sasaran dalam hidup.

MERAH
- berani.
- emosional dan tegas.
- sanggup hidup susah daripada berusaha.
- tamak dan gelojoh.
- suka hidup senang lenang.
- mementingkan persahabatan dan tidak gemari persengketaan.




MERAH JAMBU
- tegas tetapi agak manja.
- mudah tersentuh dan menyimpan perasaan.
- suka romantis dan bermadah.
- tidak senang dengan bising dan peperangan.
- tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir.
- cepat marah tetapi mudah redanya.

HITAM
- suka bermurung.
- prihatin.
- kuat menghadapi cabaran.
- tidak mudah terpengaruh.
- setia pada suami.
- baik hati tetapi cepat tersinggung.




PUTIH
- mempunyai perangai elok dan tulus.
- tidak banyak prasangka.
- berkata benar, jujur, dan rendah hati.
- ramah dan sopan-santun.
- 'open-minded' cepat berubah ikut keadaan.
- suka menolong tetapi sukar untuk menerima bantuan kerana lebih senang berdikari.

KELABU
- suka mengelamun.
- romantis.
- penyabar.
- tenang tetapi sukakan sesuatu yang penuh cabaran.
- suka mengada-ngada dan bergosip.





UNGU
- murah hati.
- merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
- penuh inisiatif.
- pandai tetapi emosi.
- dingin dan kehendaknya meluap-luap.
- suka menggunakan orang lain untuk berjaya




HIJAU
- seseorang yang sukakan kedamaian.
- cintakan kebahagiaan.
- tidak suka peperangan dan huru-hara.
- patuh pada agama.
- teguh pendirian.
- agak konservatif.

KUNING
- amat menyukai ilmu.
- gemar membaca.
- tekun dan cerdas.
- tabah menghadapi cabaran.
- lebih suka mendengar pendapat orang lain daripada buat keputusan sendiri.
- teguh pendirian dan mudah berdolak-dalik.


COKLAT
- memiliki sifat keibuan.
- suka merendah diri.
- sopan dan halus budi.
- hati sentiasa was-was takut tersalah.
- sukar memberi kepercayaan.
- takut untuk membuat keputusan.

JINGGA
- seorang yang tahan lasak.
- garang dan berrhati kering.
- mudah dipercayai tetapi sukar mendengar kata.
- sukakan wang dan agak kebendaan.
- suka menjadi perhatian tetapi sukakan persaingan.
- suka meluahkan apa yang dirasai melalui kata-kata dan kadang-kadang agak menyakitkan.

Rahsia Tarikh Lahir

Contoh Pengiraan

Tarikh Lahir :21/12/1984


[2 + 1] + [1 + 2] + [1 + 9 + 8 + 4] = 28
[2 + 8] = 10
[1 + 0] = 1 (Jadi nombor lahirnya adalah 1)

Keterangan:

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.



3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Suka Melancong
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Rahsia Diri Mengikut Bulan Kelahiran

 birthday cat Rahsia Diri Mengikut Bulan Dan Kelahiran

Kajian ni dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.Sape tak kenal kan? Artikel ni boleh dikatakan 80% tepat dengan diri aku… Cube tengok bulan kelahiran korang pulak
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • orang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • orang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More