Tahniah Team Olahraga Dan Balapan SMKSM!!

Tahniah Team Balapan SMKSM kerana telah memenangi Pertandingan Olahraga Dan Balapan Daerah Merlimau 2012 .

Bilik Bimbingan Dan Kaunseling

Selamat datang ke bilik bimbingan dan kaunseling. kami sedia membantu para pelajar dengan menawarkan perkhidmatan terbaik.

Lukisan Pelajar

Lukisan pelajar semasa kelas pendidikan seni

Sekolah Kita Menang!!!

Pasukan kadet Bomba SMKSM telah emmenangi pasukan kadet bomba terbaik seluruh negeri melaka dengan mengalahkan 34 pasukan kadet bomba dari seluruh negeri melaka. Syabas SMKSM!!

Larian Baton SUKMA

Sempena Sukan Malaysia di Melaka, seramai 120 orang pelajar Tkn 1 dan 2 dari Kg Pulai, Serkam dan Umbai di pilih untuk menyertai program tersebut dengan majoriti pelajar dari SMKSM.

Thursday 24 November 2011

Wednesday 23 November 2011

Tuesday 22 November 2011

Misi, Visi, Falsafah & Piagam UBK

VISI
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Yang Berkualiti dan Berkesan Ke Arah Kecemerlangan Murid Menjelang Tahun 2015

MISI
Kami Guru Kaunseling SMKSM Berusaha Menjalankan Perkhidmatan :-
1. Menolong dan Membantu Murid Mengembang serta Memulih Sahsiah dan Ketrampilan Pelajar.
2. Mempertingkat Pengetahuan dan Kecenderungan Murid Dalam Akademik dan Ko kurikulum.
3. Menyediakan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Yang Berkesan.
4. Menyediakan Prasarana Bilik Kaunseling Yang Kondusif.
5. Mengujud Hubungan Erat Dengan Komuniti Setempat.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM PELANGGAN
= Penerima Klien Tanpa Syarat.
E = Eratkan Hubungan Antara Guru – Murid – Ibu bapa
= Layanan Mesra
A = Ambil Pehatian, Aduan / Cadangan.
N = Niat Membantu Secara Ikhlas.
G = Gunakan Pelbagai Pendekatan Mengikut Kesesuaian.
G = Galakan Positif Perubahan Tingkahlaku dan Sikap Klien.
= Ambil Peluang Bekerjasama Dengan Komuniti/AgensiLuar
N = Nekad dan Utamakan Perkhidmatan Menyeluruh.

Kemahiran & Sifat Guru UBK


Sifat Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling

1. Berakhlak
2. Empati
3. Mesra
4. Tulen
5. Menerima Tanpa Syarat
6. Tekal
7. Humor
8. Sensitif
9. Kesedaran Kendiri

 


Kemahiran Guru Bimbingan dan Kaunseling

1. Membina Hubungan
2. Kemahiran Mendengar
3. Kemahiran Menyoal
4. Memberi Dorongan Minima
5. Parafrasa
6. Membuat refleksi
7. Konfrantasi
8. Interpritasi
9. Rumusan


Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling

Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling

Pendekatan Perkembangan;
Membantu murid mengenal pasti, menggunakan potensi dan peluang pembelajaran bagi perkembangan dirinya, penyambung sifat – sifat kelainan antara individu dengan masyarakat dan persekitaran.

Pendekatan Krisis
Mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak yang memerlukan perhatian dan tindakan segera dari Guru Bimbingan dan pihak pentadbir sekolah.

Pendekatan Pemulihan
Memberikan tumpuan kepada masalah yang telah dikenalpasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasinya perlu dijalankan seupaya tidak menimbulkan masalah yang teruk. Pemulihan merujuk kepada perlanggaran disiplin.

Pendekatan Pencegahan
Pendekatan yang berasaskan andaian akan tinbul masalah disiplin, penyakit dan sebagainya. Penyebaran maklumat, dan kemahiran yang tertentu kepada semua pelajar supaya mereka dapat menghadapi masa depan lebih tenang dan berkeyakinan.

Monday 21 November 2011

Pengenalan UBK SMK Seri Mahkota




Pengenalan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita sejak tahun 1960-an. Perkhidmatan ini mulanya berkisar melalui perkhidmatan bimbingan kerjaya. Kementerian Pelajaran telah memberi latihan secara berterusan untuk melatih guru – guru yang menjalankan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Laporan Jawatankuasa Kabinet ( 1979 ), telah menetapkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah – sekolah. Sehingga ini perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berkembang secara meluas.

Mulai 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia, memperkenalkan jawatan guru kaunseling sepenuh masa, di sekolah – sekolah menengah, yang menempat mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah, Diploma, atau sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah suatu perkhidmatan pertolongan sukarela kepada setiap murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan negara.

Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan merupakan suatu proses memberi pertolongan kepada individu atau sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang tertentu.

Kaunseling pula adalah proses interaksi bersemuka antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien sama ada individu atau berkelompok. Proses Kaunseling dikendalikan oleh mereka yang terlatih di bidang kaunseling yang mempunyai kemahiran serta mementingkan etika – etika tertentu.
Proses kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dirinya supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan diri yang lebih positif.

Rasional Penubuhan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
1. Penerimaan konsep perkembangan psikologi setiap individu serta kepelbagaian naluri, sifat dan tingkahlaku manusia yang perlu didorong secara positif selaras dengan nilai agama, dan norma – norma masyarakat.
2. Kesedaran tentang memenuhi keperluan emosi, psikologi, sosial murid supaya murid – murid membesar dan berkembang dengan jelas dan menyeluruh.
3. Kesedaran tentang perkembangan diri dan mengetahui isu dan permasalahan di alam remaja,
4. Kesedaran pergerakan dan perkembangan masyarakat yang semakin pantas, selaras perkembangan sains dan teknologi. Maklumat kerjaya perlu diperolehi dengan jelas dan tepat.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More