Saturday, 9 June 2012

Perkhidmatan

 

Perkhidmatan UBK

Sesi Kaunseling Individu

Sesi Kaunseling Individu merupakan salah satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua pelajar. Kebanyakan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluargaan, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.

Sesi Kaunseling Kelompok

Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu. Penggunaan interaksi kelompok adalah untuk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkah laku ahli-ahli kelompok.
Jenis-jenis Kelompok.
(1) Kelompok Bimbingan
Contoh-contoh tajuk yang dibincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan masa, kemahiran belajar,
pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti, pengurusan stres dan sebagainya.
(2) Kelompok Kaunseling
Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dengan penyeliaan kaunselor.
(3) Kelompok lain
Kelompok terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan sebagainya.

Kelebihan Kaunseling Kelompok.
(1) Sangat praktik. Dapat menjimatkan masa. Selesaikan masalah yang sama secara kelompok.
(2) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dalam keadaan selamat dengan sokongan ahli-ahli lain.
(3) Klien akan merasa kurang tertekan apabila mengetahui orang lain juga mempunyai masalah yang sama.

Unsur-unsur terapeutik dalam kaunseling kelompok.
(1) Memberi harapan kepada klien.
(2)
Perasaan selamat dan mendapat sokongan.
(3)
Kesatuan antara ahli-ahli.
(4)
Mempelajari sesuatu dari ahli lain.
(5)
Pembelajaran interpersonal (perseorangan)

Prinsip Kerahsiaan dalam Kaunseling.
(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bukan muktamad. Dalam situasi tertentu, maklumat klien boleh dedahkan.
(2)
Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau orang ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg telah diketahui umum – kaunselor tidak terikat dengan kerahsiaan lagi.

Kepentingan Kerahsiaan
(1) Klien rasa selesa dan selamat untuk meluahkan perasaan
(2) Klien boleh mengharapkan bantuan kaunselor dan menaruh kepercayan sepenuhnya kepada kaunselor untuk membantu


Situasi pengecualian kerahsiaan.
(1) Klien membahayakan diri dan orang lain.
(2) Klien sendiri meminta maklumat tentang dirinya didedahkan.
(3) Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
(4) Kaunselor mencurigai klien seperti ada penderaan berlaku.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More