Friday 8 June 2012

Sejarah




Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota dibuka pada tahun 1973, ianya telah diasaskan oleh Encik Abdul Aziz bin Tapa DKSJ.,AMN.,PJK. Pada Waktu itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Umbai. Sekolah ini ditubuhkan oleh pihak kerajaan sebagai memenuhi hasrat dan aspirasi masyarakat setempat.
Ketika sekolah ini dibuka, terdapat dua buah bangunan sahaja iaitu blok A dan blok B, yang menempatkan sebuah pejabat, 12 buah bilik darjah, 3 buah makmal Sains dan sebuah bilik guru. Selain daripada itu terdapat juga 3 buah bengkel Seni Perusahaan, sebuah bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah kantin.
Pada tahun 1973 itu, jumlah guru adalah seramai 10 orang dengan jumlah murid seramai 226 orang. Mereka adalah di bawah pentadbiran Pengetua pertama iaitu Encik Abdul Aziz bin Tapa DKSJ.,AMN.,PJK. Oleh kerana bangunan sekolah ini belum begitu sempurna untuk digunakan pada masa awal pembukaannya, murid-murid terpaksa menumpang belajar pada waktu petang di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai. Bermula pada penggal persekolahan yang kedua tahun 1973, barulah murid-murid dipindahkan untuk belajar pada waktu pagi di Sekolah Menengah Umbai.
Sekolah ini telah dirasmikan pada 23 Julai 1983 bersamaan 12 Syawal 1403H oleh TYT Tun Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan SMN, PSN, DUNM, SPMP, JMN, PJK.
Pada tahun 1976, SM umbai telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Seri Mahkota. Nama sekolah ini dicadangkan oleh Tuan Hj. Mohammad bin Hj. Md. Tain, Guru Penolong Kanan pada masa itu. Pertukaran nama ini dilakukan sebagai reakti ekoran daripada rungutan penduduk di sekitar Kg. Umbai dan Kg. Pulai. Nama Seri Mahkota dipilih melambangkan darjah ketinggian ilmu pengetahuan yang diharapkan akan sentiasa berkembang di sekolah ini serta kecermelangan dalam semua bidang.
Kini, SMKSM telah membangun pesat. Terdapat 9 blok bangunan, 2 buah kantin, sebuah dewan besar dan sebuah surau.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More