Berikut merupakan tips-tips yang boleh digunakan untuk menangani stress.
SOKONGAN
Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.
SOLAT
Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.
DOA
Doa
merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan
dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.
MENTAL EXERCISE
Arahkan
imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa,
pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas
perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di
pantai dll.
UBAH SUSUN ATUR RUMAH
Keadaan
susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri.
Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.
PENGURUSAN MASA
§ Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.
PANDANGAN TERHADAP STRESS
Jangan
pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting
untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan
memberi kesan kepada hidup kita.
TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.
BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
Kongsi
masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang
disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2
sedemikian yang boleh membantu.
KRITIKAN NEGATIF
Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.
LAKUKAN PERUBAHAN
Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.
JAGA HUBUNGAN BAIK
Hubungan
baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan
bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara
yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.
KETAWA
Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.
BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.
MENYEMAI SIFAT EHSAN
Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.
0 comments:
Post a Comment