Monday 21 November 2011

Pengenalan UBK SMK Seri Mahkota




Pengenalan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita sejak tahun 1960-an. Perkhidmatan ini mulanya berkisar melalui perkhidmatan bimbingan kerjaya. Kementerian Pelajaran telah memberi latihan secara berterusan untuk melatih guru – guru yang menjalankan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Laporan Jawatankuasa Kabinet ( 1979 ), telah menetapkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah – sekolah. Sehingga ini perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berkembang secara meluas.

Mulai 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia, memperkenalkan jawatan guru kaunseling sepenuh masa, di sekolah – sekolah menengah, yang menempat mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah, Diploma, atau sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah suatu perkhidmatan pertolongan sukarela kepada setiap murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan negara.

Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan merupakan suatu proses memberi pertolongan kepada individu atau sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang tertentu.

Kaunseling pula adalah proses interaksi bersemuka antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien sama ada individu atau berkelompok. Proses Kaunseling dikendalikan oleh mereka yang terlatih di bidang kaunseling yang mempunyai kemahiran serta mementingkan etika – etika tertentu.
Proses kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dirinya supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan diri yang lebih positif.

Rasional Penubuhan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
1. Penerimaan konsep perkembangan psikologi setiap individu serta kepelbagaian naluri, sifat dan tingkahlaku manusia yang perlu didorong secara positif selaras dengan nilai agama, dan norma – norma masyarakat.
2. Kesedaran tentang memenuhi keperluan emosi, psikologi, sosial murid supaya murid – murid membesar dan berkembang dengan jelas dan menyeluruh.
3. Kesedaran tentang perkembangan diri dan mengetahui isu dan permasalahan di alam remaja,
4. Kesedaran pergerakan dan perkembangan masyarakat yang semakin pantas, selaras perkembangan sains dan teknologi. Maklumat kerjaya perlu diperolehi dengan jelas dan tepat.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More