Friday 8 June 2012

Lencana Sekolah

  



Bentuk lencana di atas adalah berdasarkan kepada bentuk Gasing Labu iaitu sejenis permainan tradisonal Melayu. Ia menggambarkan dunia yang sentiasa berpusing, berputar dan berubah dari masa ke semasa. Namun ia tetap tidak lari dari paksinya sebagai suatu pegangan dan kehidupan serta dihiasi pula dengan awan suluran.
Warna hijau gelap dan hijau muda melambangkan kesuburan fizikal dan mental.
Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara.
Buku - merupakan simbol kepentingan ilmu dunia dan akhirat.
Roda - melambangkan kepentingan teknologi.
Bintang - melambangkan kemajuan sains.
Tiga Bintang - melambangkan kepentingan sukan.
Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKSM untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasann diri, keluarga dan negara 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More